PERLEMBAGAAN



PERLEMBAGAAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK. KEB. GUNTONG LUAR

KAEDAH A
NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN

  1. Persatuan ini dinamakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru, Sekolah Kebangsaan Guntong Luar. atau ringkas PIBG, Sek. Keb. Guntong Luar.
  2. Alamat persatuan ini ialah : Sek. Keb. Guntong Luar, 22100 Setiu, Terengganu.


KAEDAH B
OBJEKTIF

Objektif Persatuan ini ditubuhkan ialah :
  1. Untuk mengadakan satu forum bagi ibubapa dan guru guru memberikan perkhidmatan dan kebajikan kepada murid-murid
  2. Untuk membantu usaha pihak sekolah mengadakan keperluan material dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
  3. Untuk membolehkan Ibubapa dan Guru-guru membincangkan hal-hal bersangkutan dengan pelajaran secara am.
  4. Untuk menentukan supaya murid-murid memperolehi faedah maksima daripada kemudahan pelajaran yang disediakan.
  5. Untuk mewujudkan suasana persekolahan yang harmoni agar murid-murid mencapai kemajuan dalam bidang kurkulum dan ko-kurikulum selaras dengan dasar Pendidikan Negara.
 
KAEDAH C
PEJABAT PERSATUAN

Pejabat persatuan ini ialah :   

Sekolah Kebangsaan Guntong Luar,
22100, Setiu, Terengganu.

KAEDAH D :           

1.         AHLI PERSATUAN

Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada :
  • Ibubapa atau penjaga kepada murid-murid yang bersekolah di sekolah ini.
  • Guru-guru yang bertugas di sekolah ini.


2.         PENTADBIRAN PERSATUAN

2.1       PIBG sekolah ini hendaklah ditadbirkan oleh sebuah badan yang Ahli Jawatankuasa PIBG SK. Guntong Luar, yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Persatuan. Jawatankuasa tersebut hendaklah terdiri daripada :
8 orang wakil daripada ibubapa dan 6 orang wakil daripada guru.

2.2       Jawatankuasa hendaklah mengandungi :
a)                  Yang Dipertua
b)                  Naib Yang dipertua
c)                  Setiausaha Kehormat
d)                 Bendahari Kehormat
e)                  10 orang Ahli Jawatankuasa

2.3       Nama-nama untuk jawatan ini hendaklah dicadangkan dan disokong dalam pemilihan  yang dijalankan dengan cara mengundi  oleh  Ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

2.4       Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam Jawatankuasa hendaklah dipenuhi oleh Jawatankuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang memegang jawatan hingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang.

 KAEDAH E ;

1.         PENDAPATAN

Persatuan hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang ke dalam mana hendak dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan persatuan dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh persatuan.

2.         SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan persatuan ini boleh didapati daripada:

a)                  Sumbangan daripada ibubapa yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

b)                  Hasil pendapatan yang diusahakan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan.

KAEDAH F :
KUASA BAGI MEMBELANJAKAN WANG PERSATUAN
  1. Wang persatuan hendaklah disimpan dalam institusi kewangan yang diluluskan kerajaan di atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru, Sk. Guntung Luar, Setiu, Terengganu.
  2. Pengeluaran wang dari institusi kewangan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dengan Setiausaha atau Bendahari.
  3.  Bendahari boleh menyimpan wang runcit persatuan di tangan tidak lebih daripada RM 25.00.
  4. Akaun tahunan persatuan ialah pada tempoh 1 Januari hingga 31 Disember.
  5. Akaun persatuan hendaklah diaudit oleh dua orang Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan.
KAEDAH G :           
PENYIMPANAN AKAUN-AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PERSATUAN
  1. Akaun persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan dan mereka hendaklah dicalon oleh ahli-ahli persatuan dalam mesyuarat agung tahunan.
  2. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikut. 
  3. Satu salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah Negeri.

KAEDAH H
KORUM MESYUARAT.
  1. Mesyuarat Agung Tahunan : Tiga kali ganda Ahli Jawatankuasa.
  2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa : 2/3 daripada bilangan AJK.
KAEDAH I

1.                  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

a)                  Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun dan tidak lewat daripada bulan Mei.
b)                  Membentang laporan tahunan jawatankuasa.
c)                  Memilih 14 orang Ahli Jawatankuasa Persatuan bagi tempoh 2 tahun.
d)               Notis mesyuarat agung tahunan hendaklah disampaikan kepada ahli 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.

2.                  MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

a)               Ahli Jawatankuasa mendapati ada sesuatu isu yang besar /penting dan  terdesak.
b)              Atas permintaan bertulis 2/3 orang ahli persatuan.
c)              Mesyuarat hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada permintaan berlaku dan notis
            mengadakan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada ahli 7 hari sebelum mesyuarat
            diadakan.
 d)               Agenda Mesyuarat Agung Tergempar adalah khas kepada isu yang dibangkitkan.


3.         TUGAS AHLI JAWATANKUASA

3.1              Yang DiPertua

a)              Bertanggungjawab mengawal pentadbiran dan pengurusan persatuan keseluruhannya mengikut perlembagaan dan keputusan Ahli jawatankuasa persatuan.
b)                  Mempengerusikan semua mesyuarat persatuan
c)                Membuat keputusan di mana terdapat undi yang sama mengikut aturan dan persatuan mesyuarat.
3.2       Naib Yang Dipertua

a)                  Membantu tugas-tugas pengerusi.
b)                  Mempenerusi mesyuarat jika ketiadaan pengerusi.
3.2              Setiausaha

a)                  Menjalankan urusan mentadbir dan menguruskan persatuan mengikut keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa.
b)                 Menyimpan rekod peraturan.
c)                 Mengurus minit atau peringatan mesyuarat.
d)                 Menyediakan laporan tahunan.
e)                 Menjalankan arahan Pengerusi dari masa ke semasa.
 
3.3              Bendahari

a)                  Bertanggungjawab kepada semua urusan kewangan Persatuan.
b)                  Menyediakan rekod kewangan kemaskini.
c)                  Menyediakan Laporan kewangan untuk diaudit.
d)                 Menyediakan laporan tahunan kewangan persatuan untuk mesyuarat  agung bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum bulan Mei.

 3.4       Jawatankuasa

a)                  Menghadiri mesyuarat persatuan.
b)                  Bekerja untuk memeju dan menjaga nama baik Persatuan.
c)                  Mengeratkan hubungan diantara ibubapa dengan persatuan serta pihak sekolah.
d)               Memastikan Persatuan ditadbir serta diurus mengikut perlembagaan serta aturan dan persatuan. 
e)                Memilih mana-mana Ahli Jawatankuasa untuk mempengerusi mesyuarat jika ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi.


KAEDAH J
PINDAAN PERLEMBAGAAN

  1. Perlembagaan Persatuan boleh dipinda atau usul yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan persatuan.
  2. Pindaan perlembagaan mulai berkuatkuasa setelah mendapat kelulusan daripada pihak   Pendaftar Sekolah-Sekolah Terengganu.


KAEDAH K
HARTA DAN AMANAH

  1. Persatuan adalah berkuatkuasa untuk memiliki,mengguna serta melupuskan mana-mana harta alih atau takalih persatuan dengan maksud yang baik setelah mendapat kelulusan Pendaftar sekolah.
  2.  Persatuan hendaklah melantik 4 orang sebagai Pemegang Amanah Persatuan selama yang dikehendaki dan mereka menguruskan harta tersebut dengan maksud memberikan pulangan baik kepada persatuan.
  3. Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menggadai, menyandar atau menukar milik     harta Persatuan kepada mana-mana badan atau institusi tanpa kelulusan bertulis    daripada jawatankuasa.

KAEDAH L
LARANGAN

1.         Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Guntong Luar adalah dilarang :
a)               Mencampuri urusan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Guntong Luar, 22100 Setiu, Terengganu.
b)                  Bergabung dengan mana-mana persatuan-persatuan politik atau Persatuan Sekerja      atau pertubuhan.

KAEDAH M
TAFSIRAN

Jika terdapat sebarang kekeliruan atau maksud atau tafsiran yang kurang jelas  perlembangan ini hendaklah dirujukkan kepada jawatankuasa dan keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa adalah muktamad.

KAEDAH N
PEMBUBARAN

Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Guntong Luar, Terengganu tidak boleh dibubarkan melainkan mendapat kelulusan bertulis daripada Pendaftar Sekolah Sekolah Jabatan Pendidikan Terengganu.