
Teknologi maklumat merupakan satu letusan perkembangan di zaman kini yang mana hendak atau tidak kita perlu melaluinya. Ianya mempunyai kepentingan yang amat besar kepada pelajar di dalam mengharungi arus perdana.
Maklumat merupakan satu ilmu yang amat penting di dalam kehidupan. Sebaran maklumat kini bergerak pantas dan kita seharusnya seiring dengannya.
Menyedari kepentingan tersebut, kerajaan telah berusaha menyediakan ruang dan peluang kepada seluruh masyarakat. Pemberian komputer 1 Malaysia, agihan E-Book kepada anak-anak bangsa, peluasan penggunaan jalur lebar, penyediaan Medan Info Desa, kemudahan Bestari.Com dan perlbagai pendekatan telah dibuat oleh kerajaan.
PIBG juga mengambil kesempatan menggunakan teknologi maklumat ini dengan membuka blog ini. Ianya bertujuan untuk membolehkan para pelajar dan seluruh masyakar mengakses maklumat sekolah dan PIBG dengan lebih jelas. Usaha galakan kepada pelajar untuk memanfaat kemudahan ini akan diteruskan.
Adalah amat diharapkan, kemudahan ini akan dapat digunakan sebaik mungkin demi untuk anak bangsa kita.
Hamdan bin Hamzah PJK
YDP PIBG
SK Guntung Luar
No comments:
Post a Comment